Sunday, October 24, 2010

projekku da siap..=)

fuhhh lega rsanye lpas siapkn projek autocad,...huhu naseb baek sempat siap ari ni sok nk kena anta da..ni ngah tggu nk print plak..td sir tnye projek kitorang da ciap blum?? kitorang ckp in progress..hahaha pdhal kitorang da siap da pn cume nk touch up ckit je...hehe mklum la aku ngn didy ni antara org yg lampi ckit bab2 autocad ni...kalo lam kelas kitorang la yg plg susah nk catch up ape yg sir ckp..huuhu..ptg nnt nk pegi swimming la plak..nk kuwuskn bdn..harap2 berjaya!! ajaj2 fighting!!

mood 2day= hepi!!!=p


kredits 4 me n cana!!! wink2

yayyyy!!! my page da makin cantik n siap ada lagu lg..heheh tq cana cz tlg msukkn lgu tuk atul..suke sgt lagu inilah cinta from akim ni..hehe nnt kalo ada mase nk tmbah gamba n widget biar nampak lagi3 cantik! hikhikhik


hangout with kakak during weekend!

salam..
ari ni aku nk cite pasal aku dapat weekend 3 ari..huhu
sronok sgt cz dapat hangout ngan my lovely sis..
masa 1st day 2 kakak pegi amik kat lrt bts..
then kitorang pegi makan cha koey tiaw kat malinja..
best wooo..aku ajak na pegi tp dye xmo ikut cz final exam start isnin ni..

ari ke 2:
pg 2 aku bgn kul 12..tkejut x?? huhu nseb baek xleh smayang time 2 kalo x mampus aku..
biasala bknnye slalu aku bole bgn lewat ni..kalo kat u ak kul 5 da nk kena bgn da..
then aku n kakak pegi window shopping jap maklumlah gaji xmsk ag..
1st kitorang pegi JJ...tp xde pape yg bkenan then kitorang pegi wangsa walk plak..aku ngan kakak beli baju sama, murah giler rm24 tuk 2 psg..
pastu ape ag yg kitorang beli ek?? hmmm owh bag tuk dinner n alat mekup..hehe biasala pompuan kn kalo tnpa mekup xsah kan3..
mlm 2 kitorang pegi mkn kat restoran fleming..mkn steambot..best giler!!! smpai nk pecah pewot aku mkn...tringat kat umi n abah..kalo bwak dorang skali kan best gak..huhu xpe2 nnt len kli ra bwk family kite dtg cni ek..
then kitorang truskan journey kitorang pegi karok kat 'bintang gemilang' danau kota..smpai xde sore aku nyanyi..haha
lpas sejam kitorang melalak, kitorang pegi jln2 kat uptown danau kota plak..aku beli kat akak beg satu then tuk aku plak beli bju je..
mlm 2 plak kitorang blik kul 11.45 nseb bek sempat msuk kul 12 kalo x nk tido kat mn la mlm 2..hehe

ari ke 3:
alaaa ari ni da blik smula ke sangkarku!! sedeyhnye...=(
sblm blik kitorang singgah mkn kat ntah ape nama kedai 2..tp jual nasi ayam garing ar..sedap tp yg sedihnye duit aku da abis berbelanja..hukhuk xleyh nk blanje akak makan..semput jgak kitorang nk crik duit..kat tgn ada rm20++ je..mn ckup nk byr duit minyak ag nk mkn ag..trpaksalah gne duit akak..huhu
then kitorang pegi wangsa walk cz akak nk beli stok mknn dye..temankanlah kejap then kitorang pn brangkat ke u aku..then rite now aku da kembali semula dalm sangkarku ini..hukhuk sedih!

btw dis weekend is so enjoyable n memorable 4 me..tq kakak cz spend ur time with me!! muahhhh luv u hehehe=p


Wednesday, October 20, 2010

aku benci kamu!

aku benci kamu yg x prnah taw mnghargai kasih ini..
mengapa...mengapa..mengapa!! mengapa aku begitu bodoh memberikn kepercayaan trhdp drimu utk menyemai rasa kasih di dalm hatiku ini, sdgkn kamu xprnh sekalipun knl arti utk menghargai diriku ini..oh hati kenapa kamu begitu lemah dalam hal ini..bangkitlah kembali wahai
wanita..bgnlah dr lenamu..~


inilah kata2 yg myebabkn familyku terkejut..hahaha dorang ingatkn aku ni frust with someone bt actually not..huhu
saja je nk kuarkn statement ni kat fb cz bwu je bc novel yg bkisahkn tntang org frust..sbb 2 la trpikir bout dis quote..hehe nway tq kakak2 ku cz care bout me n sori cz make u worry..

Tuesday, October 19, 2010

terima kasih buat seorang teman..=)

aku actually nk say thanks kat sorang my fren ni cz da bg aku kata2 smangat tuk ytruskan my life kat cni..aku sbnarnya da hmpir putus asa da tp when ak baca dis kata2 aku rsa smangat pjuangan aku mnuju ke jalan Allah swt ni membakar diriku kembali.."ya Allah bantulah hambaMu ini untuk mengahadapi ujianMu dan berikanlah ketabahan kpd diriku ini.."amin...
p/s: inilah kata2 yg kwn aku bg kat aku...

Bila kau letih dan hilang rasa semangat,
Allah tahu betapa mu telah mencuba sedaya upaya,
Bila tangisan berpanjangan dan hati mu kedukaan,
Allah telah mengira titisan airmata mu,
Bila kamu rasa ketinggalan dan masa meninggalkan mu,
Allah sentiasa di sisi mu,
Bila kau telah mencuba segala nya tapi,
tak tahu arah tujuan,
Allah ada jalan penyelesaian nya,
Bila tak ada yg bererti buat mu, keliru dan kecewa,
Allah ada jawapannya.
Oleh itu,marilah kita sama-sama mencari keredhaan Allah,
kerana Ianya terlalu indah...

Inilah kata2 yg sering aku bisik kan pada diri ku,kerana kehidupan kita xselalu nya indah. hurm..kdg2 kita rasa hidup nie berat..betul x?aku sendiri xnafikan bahawa hidup nie kdg2 rasa cam sempit sgt..apatah lgi bila kita impikan sebuah impian yg sgt besar..aku dan kehidupan..kehidupan aku xlah susah dan xlah senang..namun..aku bersyukur kerana aku diberi peluang utk berada di bumi Allah ini..teringin sekali aku merasa kan gembira nya hidup ini..namun,aku sendiri yg pilih utk terus menghadapi kesusahan hidup..tidak dapat aku nafi kan bahawa dalam solat ku seharian,akan ku pohon supaya Allah xpnh berhenti memberi kan aku dugaan.kerana bagi aku,dugaan hidup mengajar aku kehidupan sebenar..pernah dulu aku fikir kebahagian adalah penting dlm kehidupan..namun ternyata aku silap.baru kini aku sedar,tidak ada yg lebih penting dalam kehidupan melainkan iman yg hendak ku jaga..kadang2 bila malam menjelma,aku takut untuk tidur.aku takut masih adakah untuk aku hari esok,supaya aku terus dapat menunaikan janji ku pada-NYA.tetapi apabila aku terdengar azan berkumandang,tahu lah aku bahawa Allah masih memberi peluang untuk aku..namun,aku takut..aku takut untuk melalui hari ku..kerana aku takut aku xcukup kuat untuk melawan hasutan musuh Allah..dan aku mula berharap bahawa lebih baik aku pergi menghadap Allah..namun,aku sempat sedar kan diri..Ya Allah aku,sedar lah..ini semua adalah kehendak Allah..bersyukur lah wahai aku..sesungguh nya Allah tahu apa yg terbaik utk hamba-NYA.

Pernah suatu ketika dahulu,aku merasakan bahawa cinta kan dunia itu seronok.cinta kan harta itu menarik.cintakan manusia itu istimewa.namun,Allah tidak pernah membiarkan aku terus dengan kesilapan ku.walaupun perit untuk ku lalui,namun aku bersyukur kerana perit itu lah yg mengajar aku utk mengenali bahawa hebatnya Allah itu.Betapa jahil nya aku,suatu ketika dahulu,cinta seorang lelaki yang aku harap kan.namun,Allah tidak mahu aku terus dengan syaitan.Allah berikan aku kekecewaan.namun bagi aku,ini lah dugaan Allah untuk aku berhenti daripada mengharap kan cinta manusia.lalu,aku terus bangun dari mimpi ku.aku mula dgn tekad yg baru..aku sujud,aku menadah tangan..doaku..

Ya Allah,disini aku menghadapMu dgn penuh kehinaan,dgn penuh rendah diri.dengar lah Ya Allah,mulut kotor ini berbicara,tangan kotor ini menadah tangan,tubuh kotor ini sujud pada Mu..dengarlah wahai Tuhanku,aku memohon supaya jangan lah Engkau biarkan aku terus dgn kesilapanku,jgn lah Engkau biarkan aku mencintai org lain melain kan itu adalah suami ku..Ya Allah,izin kan aku mencintai Mu lebih dari segala nya..Ya Allah,jgn lah Kau jauh kan aku dari dugaan hidup ini..selalu lah Engkau datang kan dugaan untuk aku supaya aku tidak pernah mengabaikan amanah yg Engkau berikan..Ya Allah,Kau berikan lah yg terbaik untuk kehidupan ku.jika kesusahan itu adalah yg terbaik,maka aku redha dan akan aku terima nya sebagai satu rintangan untuk menuju ke syurga-Mu.jika kesenangan itu yg terbaik untuk aku,maka Kau jaga lah iman ku dari goyah kerana hanya Engkau Penjaga terbaik..jika mati itu lbh baik untuk ku,maka Kau mati kan lah aku secepat mungkin..tetapi jika hidup itu lbh baik utk ku,maka Kau panjang kan lah umur ku dan Kau izinkan lah aku sentiasa bersamaMu kerana semua yg berlaku adalah atas keizinan-Mu..amin...

aku tampar pipi ku,aku tepuk bahu ku,aku berpesan pada diri ku,wahai aku,engkau adalah milik Allah,maka berhenti lah mencintai manusia dan dunia..tetapi belajar lah mencintai Allah..kerana sejauh mana perjalalanan hidup ini,tidak engkau ketahui.ingat lah wahai aku,engkau tidak pernah keseorangan,kerana engkau masih ada Allah,malah lbh dekat lagi dari dalam isi hatimu,tetapi yg keseorangan itu adalah nafsu..pegang lah pada tekad-Mu..jgn kau takut utk kalah kerana Allah tidak akan pernah biar hambaNya keseorangan.malah akan diberikan yg lbh baik.kerana Allah yg lbh memahami..DIA tahu sakitnya apabila dikecewakan,DIA tahu sakitnya ditinggalkan,DIA tahu sakitnya kekalahan,DIA tahu sakitnya kesusahan..kerana DIA yg menciptakan kita,mana mungkin dia tidak mengetahui..namun,itu semua akan aku lalui dgn tenang kerana aku tahu,Allah ada bersama ku dan aku tahu,Allah bersama org2 yg bersabar..wahai aku,belajar lah menyayangi Allah..dalam gelap ku,disaat aku kesepian,sendirian,dikala malam,sedang semua nyenyak dgn mimpi,aku, dalam tangisan ku,telah aku coretkan sebuah puisi utk diriku..

…Perjalanan insan…
KEHIDUPAN…
Hidup ini perjuangan,
Tanpa perjungan,ertinya mati sebelum mati,
Mengalah sebelum diuji,
Alangkah sempitnya hidup ini kalau bukan kerana luasnya cita2,
Hidup ini kadangkala seperti roda,
Adakalanya kta diatas,adakalanya kta dibawah,
Seperti kata pepatah,
Hidup ini tak selalunya indah,
Benarkan?
Keindahan dunia hanya sementara,
Keindahan sebenar terletak di syurga Allah…

KEBAHAGIAAN…
Datang apabila di cari,
Bukan nya datang dengan sendiri,
Sebenarnya kebahagiaan berada walau dimana sahaja,
Percayalah..
Satu titik permulaan untuk memperolehi,
Dan,
Merasai apa sebernanya kebahagiaan,
Segalanya datang dari setiap aral melintang.

PERJUANGAN…
Perjungan hidup mengajar seseorang menjadi matang,
Namun,
Dalam perjuangan kecekalan dan ketabahan hati adalah perlu,
Untuk terus menempuh perjuangan ini,
Biarlah diri disisih,
Biarlah diri dihina,
Biarlah diri dalam kesunyian,
Namun,
Gagah kan diri untuk merasai keredhaan Ilahi yang sebenarnya,
Walaupun sukar untuk di tempuhi…

KEKUATAN…
Tidak perlu takut menjadi baik,
Dan,
Tidak perlu berani menjadi jahat,
Sejauh-jauh perjalanan hidup,
Akhirnya akan menemui kematian,
Sekuat-kuat kegagahan,
Ketika muda,
Walaupun umur semakin panjang,
Diri tetap menjadi tua,
Sesihat-sihat badan pasti akan kesakitan,
Suatu masa nanti,
Yakinilah,
Walau sekuat mana kekuatan pun,
Pasti akan menemui kelemahan…

SENYUMAN…
Belajar lah senyum dalam kesedihan,
Kerana,
Dalam senyuman itu,
Pasti akan menemui cahaya kebahagiaan,
Senyuman itu ibarat perhiasan,
Untuk membantu mengindahkan,
Perhiasan lahir yang kurang indah…

KEGAGALAN…
Dalam kita melangkah,
Terkadang diuji dengan ujian yang terasa beratnya,
Sehingga,
Kita terduduk dan menangis,
Perit nya terasa,
Tapi ketahuilah,
Dan renungilah,
Mungkin air mata tika itu hadir kerana,
Dia mahu kita menjahit kembali sejadah iman yang kian terkoyak,
Lantaran,
Ada langkah-langkah yang tersasar dari keikhlasan…

KESEDIHAN…
Jika kau bersedih kerana dihina bangkitlah,
bangun semula kerna pandangan orang bermakna tidak
jika kau bandingkan dengan pandangan Allah
jika kau bersedih kehilangan sesuatu bergembiralah
kerna kau masih ada iman
masih ada islam
masih ada nyawa,
jika kau masih bersedih alirkan air mata keinsafan mohonlah,
berdoalah Allah akan mengkabulkan doamu
selagi kamu menghambakan diri padanya
jika kau tidak dapat menahan hatimu dari merasa sedih
ingatlah
ALLAH bersama orang-orang yang sabar
ALLAH bersama orang-orang beriman
ALLAH bersama kita.

Sesungguh nya…
kehidupan membawa bekalan ke padang mahsyar,
Maka sentiasalah mengigati Allah,
Maka dalam bersorak,
Bergerak dan berteriak,
Untuk apa,
Untuk bagaimana,
dan tiba-tiba saja,
Seperti digerak,
Oleh satu kuasa,
Menyentuh dalam kalbu,
Maka diri menjadi terkelu,
Mati teriak sorak,
Kerana nafas yang berdegup kini,
Terasa tinggal satu, satu.
Maka tahu lah,
ya Allah
Lonjak dan sorak
Gelak dan teriak
Bisa sekali lenyap
Dalam satu helaan nafas
Ketika dalam kealpaan Menghayati dalam kefanaan.
Biarlah diri melangkah ke syurga Firdausi,
Supaya bertemu dgn bidadari Allah,
Sungguh pun dunia ini indah, Indah lagi syurga ALLAH S.W.T.

..aku berdoa dalam tangisan... "Lalu apa yg telah aku lakukan selama ini..Ya Rabb,ampunilah daku,untuk setiap pandangan yg tak terjaga,utk iman yg tak dipelihara,lisan yg merayu,dan hati yg tak terhijab, Ya Rabb,Engkau lah mengawasi kami setiap detik dan,kerana kasih dan sayangMu Ya Allah kepada kami,Engkau perintahkan lah malaikat silih berganti menemani kami siang dan malam,agar iman kami dapat dijaga..amin..


Sunday, April 18, 2010

introduce 2 u my lovely parents!!=)



hi im the freshie here!!

hi..ahlan wasahlan..salam..
actually sy ni bru je lam activity blogger ni..
wlaupon da lame bukak account ni tp xpenah trgerak ati tuk mengaktifkn diri tuk dis page cz xde mase..huhu ntah mcm mn bole rase trtarik ati plak when tgk my fren duk active wat mende ni..huhu so ape lagi aku pn tringin gak nk tgk page ak cantik cam dorang..huhu sori ye kalo saya punyer page ni agak membosankn @ ntah pape sbb sy pn still ag bru kat cni..so insyaAllah sy akn cube prbaiki spaya jd yg lebih terbaik k..=p